Keburukan Intermittent fasting yang perlu anda tahu
Alhamdulillah salam kesyukuran
Intermittent Fasting ( IF ) menjadi salah satu jenis diet untuk menurunkan berat badan yang amat popular sekarang.
Diet ini lebih kurang dengan berpuasa selama beberapa jam dan mempunyai pelbagai manfaat termasuklah menurunkan berat badan ,mencegah diabetes dan mengurangkan risiko barah.
Ramai yang berjaya turunkan berat badan dan masalah kesihatan mereka bertambah baik sejak mengamalkan intermittent fasting.
Akan tetapi diet jenis ini bukan sesuai untuk semua orang , terutamanya bagi wanita hamil dan mereka - mereka yang mengalami masalah gangguan pemakanan.
ini kerana terdapat beberapa kesan sampingan bagi yang mengamalkan diet jenis ini terutamanya pada yang baru nak mencuba diet Intermittent Fasting.
- Hipoglisemik
Bagi mereka yang baru sahaja berjinak-jinak dengan IF, mereka mungkin akan mengalami hipoglisemik iaitu keadaan dimana kadar gula dalam darah sangat rendah.
bila kadar gula dalam darah menjadi rendah seseorang itu akan mengalami sakit kepala,kadar nadi meningkat,berasa loya dan berpeluh-peluh.
Peringkat permulaan apabila rutin hidup berubah secara tiba-tiba ini mungkin terjadi.
Ini kerana ketika kita tak makan , tubuh akan membakar glikogen ( glukosa yang disimpan pada hati dan otot)
akan mula membakar lemak untuk dijadikan sumber tenaga. menurut pakar pemakanan Frances Largeman-Roth
Bagaimana, keadaan ini hanya akan berlaku pada peringkat awal apabila dah biasa buat IF tubuh akan mula menyesuaikan diri.
- Meningkatkan sensitiviti insulin.
Satu kajian telah dijalankan pada 2018 terhadap seorang pesakit diabetis yang mengamalkan IF.
hasilnya dengan mengamalkan IF telah meningkatkan sensitiviti insulin mereka sekaligus menstabilkan gula dalam darah dengan lebih baik.
ini kerana setiap kali makam tubuh akan melepaskan hormon insulin untuk memindahkan gula daripada saluran darah ke sel dalam tubuh untuk ditukarkan sebagai tenaga.
"IF memang ada kebaikannya akan tetapi bagi pesakit diabetes yang bergantung pada suntikan insulin harus mendapatkan nasihat doktor sebelum mengamalkan diet ini.
kerana ia mungkin akan mempengaruhi kesan ubat"
- Menurunkan rasa mengidam
Bagi yang mengamalkan IF mampu menjaga keseimbangan gula dalam darah dengan lebih baik.
Ini kerana IF memaksa seseorang itu berhenti makan pada waktu tertentu
If juga meningkatkan rasa kenyang melalui penghasilan hormon pengurangan nafsu makan .
sebuah kajian pada 2019 turut mendapati diet ini dapat membantu menurunkan kadar ghrelin iaitu hormon yang rangsang rasa lapar.
Diet ini bagus untuk individu yang mempunyai masalah obesiti dan masalah kesihatan seperti diabetis.
bagi individu yang mempunyai masalah pemakanan seperti malnutrisi Dan gastrik sebaiknya mendapatkan nasihat doktor dan pakar pemakanan.
- IF dan senaman
Berpuasa dan bersenam bukan satu masalah tetapi ia harus dilakukan secara sistematik agar seseorang tidak kehilangan tenaga dengan cepat.
Mereka yang menjalani IF disarankan untuk melakukan senaman lebih ringan terutamanya ketika baru mencuba diet intermittent fasting agar tubuh dapat menyesuaikan diri.
waktu terbaik untuk bersenam adalah pada awal atau akhir IF
Ini kerana sesetengah orang berpendapat bila dah berpuasa , dah kurang makan senaman tak perlu dilakukan.
akan tetapi untuk mendapatkan keberkesanan IF senaman diharuskan.
- Tiada jadual pemakanan Yang khusus
- Meningkatkan sensitiviti insulin.
- Menurunkan rasa mengidam
- IF dan senaman
- Tiada jadual pemakanan Yang khusus
- Tahap collagen berkurangan 90% kulit kurang anjal.
- Gangguan mood (moody)
- Gangguan tidur
Cara untuk capai Intermittent Fasting yang berkesan
Apa itu "Autophagy"
cara nak capai "autophagy"
![]() |
Intermittent Fasting 72 hours |
Comments
Post a Comment