Intermittent Fasting dan Ramadan
Puasa dah dekat ..
Apa persediaan Kita semua sempena Ramadhan Yang Makin hampir...
Mesti nak Yang terbaik Kan. Kalau boleh ..mesti nak sihat cergas sepanjang Ramadhan
Sihat Dan bertenaga untuk mengerjakan ibadah, Puasa Dan ibadah terawih..
Ok bila sebut tentang persediaan, Bukan sahaja mental preparation je tau..
Persediaan fizikal Tu wajib
Kalau kak Tim ..sebelum bermulanya Ramadhan kak Tim latih diri dengan mengamalkan IF
( intermittent fasting).
Apakah Intermittent Fasting
Sebelum kak Tim share lebih lanjut, kak Tim terdetik nak share info intermittent fasting dari sahabat Kaktim iaitu Master Hjh Salwa,
Baca sini: Apakah Intermittent Fasting
Apa itu IF dan bagaimana IF sangat-sangat membantu ibadah puasa Kita berjalan lancar.
Itermittent fasting juga dikenali secara ringkasnya dengan Nama IF.
Intermittent fasting adalah kaedah diet Yang menyusun pemakanan mengikut jadual yang digilirkan antara waktu makan Dan waktu berpuasa.
Jika diet lebih kepada pemilihan makanan apa Yang perlu Kita makan bagi mengurang Dan mengekalkan berat badan, sebaliknya Intermittent Fasting lebih kepada bila waktu Yang Kita patut makan.
Cara Intermittent Fasting
Cara kita lakukan Intermittent Fasting ialah Kita Akan makan PADA waktu tertentu sahaja..selain daripada waktu makan tersebut Kita Akan berpuasa.
Bila sebut puasa maknanya Kita takkan makan dan minum la Kan kat sini Kita dah latih diri untuk persediaan berpuasa dibulan Ramadhan nanti.
Dengan berpuasa untuk beberapa jam setiap Hari Akan mengurangkan kekerapan Kita mengunyah makanan betul Kan.
Pada masa Yang Sama Akan membantu tubuh membakar lemak dengan lebih cepat.
Best kan .
Latih diri menahan lapar dapat kurus pun boleh.
Insyaallah...
Terdapat pelbagai Cara intermittent fasting.
Cara 1
Overnight intermittent fasting.
Kaedah ini Kita berpuasa pada waktu Malam sekurang-kurang nya 12 jam ..last makan lebih kurang pukul 7 Malam...
Dan makan pagi bermula pukul 7 pagi.
Biasanya sesuai untuk Yang beginner Yang Baru nak mula berjinak dengan IF.
Cara 2
Time restricted fasting.
Lebih kurang Cara pertama cuma waktu nya lebih panjang 14 -16 jam.
Contoh last makan pukul 7 ptg breakfast pukul 0900-10 pagi.
Cara 3
Whole day fasting
Ini bermaksud Kita Akan berpuasa seharian contoh mula fasting pukul 8 pagi Hari ini Dan berbuka esok nya pukul 8 pagi juga.
Cara 4
Alternate day fasting
Kaedah ini membenar Kan Kita makan selang sehari ,contohnya Hari ini kita berpuasa Dan esok nya Kita tak perlu berpuasa..
Kaedah ini dibuat secara berulang-ulang setiap Hari .
Ikut juga la kemampuan Kita .
Cara 5
Skipping meal fasting
Kaedah ini Kita perlu melangkau waktu makan kebiasaan Kita .
Setiap Hari Kita Ada 4-5 Kali waktu makan tetapi dengan kaedah skipping kita Akan skip beberapa waktu makan ..
Contoh breakfast Kita tak makan , Kita terus ke lunch hour Tu Yang biasa dengar ramai orang sebut brunch..maknanya breakfast merangkap lunch.
Cara 6
Choose your day fasting
Kaedah ini ikut kemampuan sendiri Dan tak perlu ikut mana-mana jadual
Kita Yang perlu rancang bila Kita hendak melakukan IF
Cara 7
5:2 Fasting
Kaedah ini Kita perlu ikut nisbah 5:2
Bermaksud 5 Hari Kita tak perlu berpuasa Kita berpuasa 2 Hari sahaja Dalam seminggu
Contoh puasa sunat Hari isnin Dan khamis.
Kedah ini dikala Kita berpuasa Kita digalakkan mengambil makan sebanyak 500-600 kalori sahaja.
Bila Kita buat IF tak bermakna Kita tak perlu Jaga pemakanan
Kita perlu Jaga juga kalau tak mana berkesan diet Kita nanti Kan
Still kena Jaga portion ..sebaiknya suku-suku separuh.
Lebihkan sayuran Dan protein kurangkan karbo
Water intake pun wajib mencukupi sekurang-kurangnya 2-3 liter.
Tapi ikut juga berat badan masing -masing.
Senaman pun perlu at least sehari 6000 step.
Kak Tim suka brisk walk je..pun ok Kan.
Sebelum kak Tim pergi brisk walk rutin paginya kak Tim Akan amalkan cinch tea secawan dan sesudu vivix .
Alhamdulillah tak Rasa letih tak lapar malah lebih bertenaga .
Tak caya boleh la Cuba..
Kebiasaannya kak Tim Akan makan pukul 10 pagi paling awal takpun pukul 12 tengah Hari.
Alhamdulillah Cara IF ni sangat - sangat membantu kak Tim mengekalkan berat badan serta tahap kesihatan Kak Tim..
#shakleethrive23
#shakleetriumph23
#blogmegashaklee
PENAFIAN : Semua penulisan tentang produk dan testimoni yang dikongsi di blog ini bukan bertujuan untuk merawat dan menyembuhkan penyakit. Sebarang masalah kesihatan mestilah diajukan kepada pakar perubatan yang diiktiraf.
Comments
Post a Comment