Idea menu sahur sihat keluarga Kak Tim
Alhamdulillah salam kesyukuran
Salam Ramadhan..
Dah masuk hari ke 8 kita berpuasa ,
Alhamdulillah Allah masih izinkan kita bersama Ramadhan kali ini.
Bila tibanya Ramadhan perasaannya lain kan , teringat masa kecil- kecil mak la dok kalut didapur sediakan juadah bersahur dan berbuka puasa .
Bila dah masuk alam perkahwinan dah ada keluarga sendiri kita la yang kalut dok sediakan juadah bersahur dan berbuka.
Perkongsian kali ini kak Tim akan kongsikan beberapa " Idea menu sahur sihat" yang Kak Tim sediakan untuk ahli keluarga Kak Tim insyaallah.
Fadhillat bersahur
Bersahur itu sunnah walaupun ia tidak diwajibkan tetapi amat digalakkan.
Allah jadikan keberkatan dalam bersahur. Sabda Nabi s.a.w :
تَسَحَّرُوا فَإِنَّ فِي السَّحُورِ بَرَكَةً
“Bersahurlah, sesungguhnya pada sahur itu ada keberkatan”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Barakah adalah sesuatu yang mustahak dalam kehidupan ini. Insan mungkin memiliki berbagai perkara, tetapi jika ianya tidak diberkati Allah, maka segala kebaikan yang diharapkan akan hilang. Mencari keberkatan adalah suatu yang teramat penting dalam hidup ini. Dalam sahur itu ada keberkatan buat puasa yang bakal dilaksanakan dan kehidupan individu yang berpuasa secara umumnya. Semoga kita memperolehinya.
Kenapa kita perlu bersahur
Bersahur membantu kita untuk lebih cergas semasa berpuasa, ia juga mendidik seseorang untuk bangun pada sepertiga yang akhir malam. Ini kerana waktu tersebut adalah waktu yang mempunyai kelebihan untuk ibadah dan dimustajabkan doa serta istighfar. Dalam hadis, Rasulullah s.a.w bersabda:
ينْزِلُ رَبُّنَا تَبَارَكَ وَتَعَالَى كُلَّ لَيْلَةٍ إِلَى السَّمَاءِ الدُّنْيَا حِينَ يَبْقَى ثُلُثُ اللَّيْلِ الآخِرُ يَقُولُ: مَنْ يَدْعُونِي، فَأَسْتَجِيبَ لَهُ مَنْ يَسْأَلُنِي فَأُعْطِيَهُ، مَنْ يَسْتَغْفِرُنِي فَأَغْفِرَ لَهُ
“Tuhan kita Yang Maha Berkat dan Agung turun setiap malam ke langit dunia, ketika hanya tinggal sepertiga malam yang akhir. Lalu berfirman: “Sesiapa yang berdoa kepadaKu, akan Aku perkenankan untuknya. Sesiapa yang meminta kepadaKu, akan aku berikanNya. Sesiapa yang memohon keampunan kepadaKu, akan Aku ampunkannya” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Hadis ini menunjukkan fadilat berdoa dan beristighfar pada waktu sepertiga malam yang akhir. Maka dengan seseorang bangun pada waktu tersebut memberikan peluang dan ruang kepadanya untuk berdoa dan memohon hajat kepada Allah pada waktu tersebut.
Petua bersahur yang sihat
Waktu bangun sahur yang paling baik adalah 1/2 jam sebelum waktu imsak.
Menyediakan makanan yang segar dan baru dimasak ( elak minuman sejuk dan bergas )
minum air kosong secukupnya sebaiknya 1-2 liter .
Ambil sajian bijirin yang tinggi serat seperti oat , roti gandum penuh ,barli , bijirin sarapan pagi dan beras perang,supaya dapat memberi tenaga untuk tempoh yang lebih panjang.
Pastikan ada sajian daripada sayuran - sayuran dan buah-buahan.
Pilih makanan yang berasaskan protein seperti daging, ayam ,telur ,kekacang dan susu.
Terbaik elakkan makanan yang bergoreng ini kerana penggunaan minyak akan menyebabkan penambahan kalori.
Elak minuman berkafein seperti kopi ini kerana minuman berkafein akan menyebabkan kita kerap membuang air kecil secara tak langsung tubuh cepat terhidrasi.
Elak pengambilan makanan manis ini kerana makanan yang manis mudah menyebabkan kita cepat rasa lapar .
Elak makanan yang masin ini kerana makanan yang masin akan menyebabkan kita cepat rasa dahaga.
![]() |
Petua ketika bersahur |
Menu bersahur kak Tim dan keluarga sangat mudah penyediaannya tak ambil masa yang lama untuk menyediakannya .
Idea menu sahur sihat keluarga Kak Tim
Idea Menu sihat sahur pemanis mulut
![]() |
Buah tamar |
Berdasarkan hadis, kita digalakkan bersahur dengan tamar. Nabi s.a.w bersabda:
نِعْمَ سَحُورُ الْمُؤْمِنِ التَّمْرُ
“Sebaik-baik sahur orang mukmin ialah tamar”. (Riwayat Abu Daud, Ibn Hibban dan al-Baihaqi, sanadnya sahih).
Maka dengan ini, kita bukan sahaja digalakkan berbuka puasa dengan tamar, kita juga digalakkan untuk bersahur dengan tamar. Maka, ambillah sekurang-kurangnya sebiji tamar semasa bersahur semoga mendapat pahala tambahan. Pada tamar ada kelebihan yang memberikan kekuatan untuk seseorang berpuasa.
Idea menu sihat sahur yang sedap dan mengenyangkan
![]() |
overnight oat |
Idea menu sahur sihat yang bagus untuk sistem penghadaman dan kesihatan kulit.
![]() |
Buah Naga |
Idea Menu sahur sihat minuman pilihan
![]() |
Green tea |
Comments
Post a Comment